Program Usahawan (Shopee Seller)

10 Disember 2023 | Aktiviti Terkini

Pada Sabtu– 9 December 2023, PEDi Lubok Antu telah melaksanakan Program Usahawan pendaftaran Shopee Seller. Program ini telah disertai oleh 2 orang peserta dari sekitar kawasan Lubok Antu. Program ini diadakan dari pukul 2.30 petang hingga 4.30 petang. Program ini bertempat di bilik latihan PEDi Lubok Antu.

Pada program ini peserta telah diperkenalkan dengan Shopee Seller. Peserta juga telah dibimbing dalam mendaftar akaun Shopee Seller yang dapat dimanfaatkan untuk memasarkan produk jualan peniaga walaupun tidak memiliki lesen perniagaan. Selain itu, peserta juga diajar cara memuat masuk produk ke dalam Shopee Seller serta didedahkan dengan cara mengisi maklumat berkaitan dengan produk yang dipasarkan oleh peniaga seperti jumlah stok yang dimiliki, harga, berat dan saiz produk dan sebagainya. Di samping itu, peserta juga diarahkan untuk menyematkan maklumat penghantaran seperti melalui kadeah pembayaran tunai semasa penyerahan ataupun secara pos. Kesimpulannya, peserta telah berjaya mendaftar akaun Shopee Seller.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:
1. Pengenalan oleh staf PEDi Lubok Antu
2. Sesi pendaftaran Shopee Seller
3. Sesi memuat masuk produk dalam akaun Shoppe Seller
4. Bersurai

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali